
Kota Belud? Yah! Salah satu daerah yang terkenal dengan keunikkan nya tersendiri. Daerah ini memiliki 3 suku kaum yang terbesar antara nya Dusun,Bajau dan Iranun. Rentetan daripada terdiri nya 3 suku kaum terbesar inilah wujudnya sambutan tamu besar Kota Belud setiap tahun. Tujuan sambutan tamu besar ini diadakan adalah bagi mengumpulkan ketiga etnik terbesar di daerah ini juga sekaligus memupuk perpaduan di antara etnik” yang ada di daerah Kota Belud untuk bersama-sama meraihkan sambutan terbesar ini.
Bila bercerita soal daerah Kota Belud, yah tempat makan yang selalu mencuri perhatian orang luar adalah “Gula Apong”! Kenapa gula apong? Kerana ia hadir dengan resepi masakkan yang menakjubkan, citarasa yang menyenangkan dan pilihan menu yang pelbagai. Salah satu menu utama yang perlu untuk semua cuba adalah “Aiskrim Gula Apong”!
