Perjalanan yang panjang

Perjalanan Tawau ke Kota Kinabalu memakan masa sekitar 11 ke 12 jam. Jangka masa untuk tiba ke destinasi bergantung pada tahap pemanduan, selalu nya penumpang boleh tiba awal dari masa yang di jangka kan sekiranya perjalanan tersebut pada waktu malam.

Ya! Faktor laluan lintas yang kurang pesat membolehkan pemandu membawa kenderaan dengan had kelajuan sedikit tinggi dari kebiasaan. Dan seringkali perjalanan 12jam menjadi 13jam sekiranya musim perayaan seperti hari raya puasa, krismas, tahun baru dan musim-musim perayaan yang lain.

Rata-rata penumpang terdiri daripada pelbagai kaum, ekonomi dan usia.

Perjalanan yang terlalu lama dan panjang ini membolehkan penumpang menikmati waktu tidur yang indah, dan sesekali pemandu akan berhenti selepas 6 jam perjalanan sebelum melanjutkan sisa perjalanan yang seterusnya.

Pemandu selalunya akan berhenti di satu destinasi yang menyediakan perkhidmatan seperti makan minum, tandas, surau dan kemudahan yang lain. Destinasi ini kita nama kan *Batu 32* di antara jalan menuju ke sandakan telupid dan kinabatangan.

Bas akan berhenti di terminal bas Inanam,Kota Kinabalu. Namun demikian pemandu akan memberhentikan penumpang di destinasi sesuai dengan permintaan.

Perjalanan yang lama dan panjang, Yah! Tapi satu pengalaman indah yang wajar di coretkan sebagai sebuah nukilan.

Terima kasih🫰🏻

20/12/2024

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started